Friday, 7 April 2017

Pakej Terbaik dari Ladang SEALIFE INN Perhentian

PACKAGES AT SEALIFE INN, PERHENTIAN KECIL KAMPUNG NELAYAN..
FROM OFFICIALS OFFICE / DIRECT OFFICE 
OF SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD

For 3 Days 2 Nights
Weekend FULLBOARD
RM295 per/person (Room 3 pax)
RM280 per/person (Room 6,8,10 pax)

Weekday FULLBOARD

RM270 per/person (Room 3,6,8,10 pax)
Package include :
- Accommodation at SEALIFE INN, Perhentian Kecil
- Boat transfer and return
- 1x Snorkeling (5 points)
- Meals (2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner and 1 BBQ Dinner)
Points of Snorkeling
1- Turtle Beach
2- Turtle Point
3- Shark point
4- lighthouse Coral Reef
5- Romantic Beach
6- Rest at Fisherman Village
Trip to Wind mild (Hiking)
-Add RM20 each
=========================
Contact Us :
sealife_services@yahoo.com
OFFICE     : 09-6902230 / 09690 2233
WhatsApp : +6019 905 8395





Gamba Credit : A CL

Friday, 24 March 2017

KES PENIPUAN @ SCAMMER PULAU PERHENTIAN 2017

Assalamualaikum salam sayang sahabat..

Ok,1st admin xda nak bagitau apa sebenarnya.. Tapi, paling penting yang perlu anda2 semua tahu…Berkaitan dengan kes2 penipuan yang byk berlaku dalam pakej percutian.. Sempena tahun melawat Malaysia @ Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT), admin tak nak korang2 semua kena tipu oleh pakej percutian dengan mana-mana pihak yang tidak bertauliah dan tidak bertanggungjawab.. Nak datang bercuti, bersuka ria, alih-alih dah x boleh ke pulau @ destinasi perlancongan sebab dah ditipu…Be aware gaiss..Please take noted ok.. Admin sayang tau kat korang semua ok…Huhuu... Kita sedia maklum kan memang niat kita of course la nk bawak family atau kekawang atau pasangan bercuti bersama-sama kan. Tapi, dlm masa sama, masalah akan timbul jika apa yg kita sepatutnya dapat tapi tak dapat..kan kan kan…
Baru-baru ni ada isu, satu group datang bercuti dan telah ditipu, Resort pilihan adalah SHARI-LA ISLAND RESORT, Perhentian Kecil.. Apa lagi, menangissss laaa diorang ditipu sejumlah wang empat angka RM XXXX.XX ...Huhuu.. Nasihat admin, please please please, tolong la semak dulu setiap butiran yang kita dah booked tu, minta invoice atau bukti tempahan.. Jangan terus percaya bulat2.. Jika perlu, semak mana-mana company yg berdaftar dengan KPL @ cawangannya....Uolsss dah besar kan, boleh fikir mana salah mana betul mana tipu dan mana yg boleh dipercayai... Admin sharing ni bukan utk mengaibkan sesiapa, tapi untuk peringatan bersama... Langkah berjaga-jaga sila pastikan: 

Elakkan dari pembayaran ke acc yg berikut :
Nama : Puan Muhaini Bt Zin
No Acc : 07100073624
Jenis: Hong Leong Bank

Nama: Haji Mohamed Rizal Bin Kassim
No Acc : 512820070329
Jenis : Maybank

US DIAMOND GROUP  *** admin xpasti nie company ape sbnrnya..***
No Acc: 554035413616



NO TEL: 013-9889744 @ 01140251787



SILA PASTIKAN:

1. Agent yang berdaftar dengan KPL (Kementerian Perlancongan MALAYSIA).
2. Terma & syarat yg diguna pakai.
3. Invoice @ Surat perjanjian @ Resit.
4. Akaun Pembayaran- Paling penting, tgk transaksi pengunaan akaun, guna no akaun yg didaftarkan dibawah nama company ok. JANGAN BANK IN direct ke personnel akaun melainkan, jika ada asbab tertentu. BE AWARE gaiss!!!!
5. Pakej terlajak murah yang tidak logik & x masuk dek akal.

Admin share apa berlaku dekat admin sendiri ok, hehe,, saje admin nk test tgk.. Sekali kantoii..
Admin sdri x pasti berkenaan dengan picture yg diguna pakai oleh scammer nie.. Samada tuan nya @ ada induvidu yg telah menggunakan picture orang lain..Hehe..Pape pon, sila pastikan anda semua tidak terus bertindak melulu, n selidik terlebih dahulu ye.. 


Scammer menggunakan alamat dan logo office company admin. Hihii

Nama "Muhaini Travel" yang telah diedit oleh pihak yg tidak bertanggungjawab


Scammer menggunakan background company lain tapi telah diedit dan ianya tidak wujud sama sekali. Gambar asal adalah Perhentian Setia (memang wujud) tetapi background "Muhaini Travel Sdn Bhd" adalah telah diedit. 



Package dari iklan FB yg diubahsuai



















Tuesday, 14 March 2017

Pakej Bajet Pulau Perhentian Kecil-SHARILA ISLAND RESORT, CORAL BAY SMALL ISLAND 2017

Promotion Package 2017
Shari-La Island Resort , Small Island , Coralbay
Shoulder Season 
March - 15 April 2017 until September 2017

Package Include: 
  • Accommodation for 3 Days 2 Nights with 24 Hours electricity.
  • 2 ways boat transfer & return.
  • 1x Snorkeling with equipment (5 point with equipment).
  • 2x breakfast, if any fullboard with meals (2B,2L,1D,1BBQ Dinner, 2TB).

Not include: Marine park RM 5.00 adult, RM 2.00 child

  • Snorkeling point was Turtle Beach | Turtle Point | Shark Point | Fisherman Village | Lighthouse Coral Reef | Romantic Beach 
  • Sunset View at Coralbay
  • Trekking to Long Beach around 10 minute for night activity @ fireshow.  

More Info:

Call: 09-6902230 @ 09-6902232 @ 09-6902233
WS: 019 905 8395

Facilities in Shari-La Island Resort:
  • Welcome drink
  • Attach with bathroom + toilet
  • Hot shower
  • Satellite TV 
  • Mini Bar
  • Sunset Restaurant @ Sunset View
  • Private beach
  • 24 Hours electricity 


Pakej Bajet Pulau Perhentian Kecil-Shari-La Resort

Saturday, 25 February 2017

Promosi Pakej di SEALIFE INN, Perhentian Village

PROMOSI!!!

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.

Hari ni kami ada membuat promosi Pakej di Sealife Inn, Perhentian Village.

Harga Special daripada kami RM 270 3 hari 2 malam termasuk
- Boat pergi dan balik
- Penginapan di Sealife Inn (AirCond)
- 1x Snorkeling termasuk peralatan (5 point)
- 6x Meals at Village Cafe

Promosi 2017 Special Offer

Call : 09-6902230 @ 09-6902232 @ 09-6902233
IG : @perhentiansealife
WS : +6019 905 8395 (prefer whatsapp) 

Friday, 24 February 2017

SPECIAL OFFER! PAKEJ PULAU PERHENTIAN KECIL (PANORAMA CHALET, LONG BEACH PERHENTIAN ISLAND)

SPECIAL OFFER!!
PAKEJ PULAU PERHENTIAN KECIL,
PANORAMA CHALET, SMALL ISLAND, LONG BEACH


Call : 09-6902230 @ 09-6902232 @ 09-6902233
IG : @perhentiansealife
WS : 019 905 8395 (prefer whatsapp)
Booking : Contact Us

3 DAYS 2 NIGHTS SPECIAL OFFERS

Include :
- 2 ways boat transfer & return
- Accommodation in PANORAMA CHALET, Long Beach Perhentian Island
- 1x Snorkeling trip with gear (5 Point)
- Meals (2 Breakfast, 2 Lunch, 1 Dinner, 1 BBQ Dinner)

Exclude :
- Entrance fee to Marine Park

Promosi!!! Pakej di Panorama Chalet, Long beach








Call : 09-6902230 @ 09-6902232 @ 09-6902233
IG : @perhentiansealife
WS : +6019 905 8395 (prefer whatsapp)

Friday, 17 February 2017

PROMOSI PAKEJ PULAU PERHENTIAN COZY & COCOHUT 2017


NEW COCOHUT CHALET  dan  COZY CHALET terletak di Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian, Terengganu. Kedua-dua chalet ini mempunyai bilik-bilik yang cantik dikelilingi permandangan yang sangat memukaukan.
Pakej ini juga termasuk perjalanan bot pergi dan balik, sarapan setiap pagi dan 1x snorkeling termasuk peralatan untuk 5 point.

Snorkeling :
Turtle Beach, Turtle Point, Shark Point, Lighthouse Coral Reef, Romantic Beach. Sewaktu lunch untuk long trip snorkeling akan berehat di perkampungan nelayan.

Free Easy : Tidak termasuk makanan tapi termasuk 2x sarapan.
Full Board : Termasuk makanan 2x sarapan, 2x makan tengahhari, 2 teabreak, 1 dinner dan 1 bBQ Dinner.

Pakej ini termasuk penginapan di New Cocohut Chalet atau Cozy Chalet. Chalet2 ini mempunyai bekalan elektrik , aircond dan hot shower 24 jam sehari.

Harga untuk Marine Park tidak termasuk. kanak-kanak yang berumur 4 hingga 11 tahun akan diberikan harga 70% manakalan FOC (percuma untuk bayi berusia bawah 4 tahun)


Package at New Cocohut Chalet

Package at Cozy Chalet

Email: sealife_services@yahoo.com
Call: 09-6902230 / 09-6902232 / 09-6902233
WS: 019 905 8395 (prefer whatsapp)
IG:@perhentiansealife



Thursday, 16 February 2017

5 POINT SNORKELING PULAU PERHENTIAN TERBAIK BY SEALIFE TEAMS

Assalamualaikum salam sejahtera kat uolllsss semua. Ajommmm baca-baca..Hehee..

Haii... Maka hari ini admin nak bawak uollss semua ke 5 check point yang sememangnya menjadi tumpuan snorkel2 di Pulau Perhentian ya. Biasa mana-mana trip mestilah 3 Hari 2 Malam kan. So biasanya hari ke dua aktiviti ini dijalankan. Kalau amik pakej 2 Hari 1 Malam memang jadual adalah padat. Jom survey tentative program bagi aktiviti snorkelling under Sealife Teams. Hari ke 2: 10.30 pagi - 5.00 Petang dengan 5 lokasi terbaik + 1 lokasi untuk rehatkan minda.

10.30 pagi  - 1.00 petang : 3 Lokasi snorkelling iaitu ;
Tiga Ruang | Turtle Point  |  Shark Point
1.00 petang- 2.30 petang :
Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 5.00 petang : 2 Lokasi snorkelling iaitu ;
The Lighthouse | Romantic Beach


MR.Jay

MR. CAPTAIN YONG
First, admin nak memperkenalkan guide2 under Sealife. Hehee..Agak ramai jugak..Mereka-mereka nie lah yang jadi tanggungjawab untuk bawak korang pi snorkelling…Mereka ialah Azam, Abe Zemi, Abe Awie, Roji, Pokyong, Mirul etc…Yang nie mmg under Sealife..Lain-lain jugak boleh deal dengan Bang Matt or Bang Man (Private Sifu beb!!!!)….Insya Allah.. kami semua berdaftar dan mempunyai lesen asas dalam snorkeling dan aktiviti air. 

Azam @ Abe Aze
Roji
 
Abe Awie @perhentiansaver
Abe Zemi
  
Kami semua sekadar bunga² sahaja!

Korang akan dibawa dengan bot laju samada yang kecil@besar.. Huhu..Boleh tgk dekat gambar kat bawah. 22 fungsi adalah sama je...Beza kecil and besar, terbuka and tertutup..

Bot Kabin@Tertutup
Bot Standard@Speed Bot

POINT 1: TIGA RUANG (TURTLE BEACH)
1st point yang biasa guide Sealife akan bawak masa snorkelling nanti. Kat sini semua boleh tengak koleksi ikan2 antarabangsa..Hihii… Kalo belum biasa dengan snorkeling ni, don’t worry, guide terlajak laris memang akan membantu utk sesi water confident..Kat sini guide akan ajar cara dan teknik untuk snorkeling. Pelbagai gaya akan diajar. Dah belajar teknik snorkelling bersama guide tu kan jgn laa pulak rasa takut utk ke point2 yg seterusnya. Kalau tak ikut memang rugi habis beb!!!.


Water Confident utk 1st time snorkeling
Enjoy dengan Abe Azam sambil selpie..Hikhik 
Standby nak terjunn oiiii..1...2...3...


POINT 2: TURTLE POINT
Terletak di Pulau Besar berhadapan dengan Coral View @ Perhentian Island Resort memang ternyata menarik perhentian pelancong kat sini. Secara live bila penyu tu tetiba muncul..Sekali sekala turtle tu muncul - sangatlah besar ..Tapi jgn terkejut bila ia jadi femes uollsss…Semua orang akan kejar penyu..Huhu.. Tapi bila tengok orang ramai - dia malas dah naik kat permukaan laut...Penat katanya dikejar oleh manusia nie. So korang kena berusaha untuk kejar penyu tersebut…Bila korang snorkelling kat Turtle point ni korang akan jumpa turtle macam ni..Haha…



Gambar by Perhentiansaver@Sealifeteams

POINT 3: SHARK POINT
Kat sini memang point yang agak mencabar sekali. Disebabkan arus yang sukar dijangka, memang boleh hanyut dibuai2 ombak rindu. So make sure, jangan lupa diri lupa guide maklum laa bila dah jumpa Encik Shark konfem boleh jatuh chentaaa… Huhuu.. Jangan risau sebab shark ni bukannya baham orang… Nie standard baby shark je..Jika bernasib baik korang akan jumpe shark nie satu family. Haha..yelah kalo dah jumpe Baby Shark mesti lah mestilah ada bapak shark, mak shark, atok nenek uncle auntie shark kan kan kan… Haha…memang sangat beruntung dapat jumpa Shark ni… Shark akan selalu muncul bila cuaca panas @ suhu air laut yg panas @ crystal water. Perghhh…sekali jumpa mmg gerun abis.

 


Segala gambar adalah dari #perhentiansaver@sealifeteams

POINT FOR REST: FISHERMAN VILLAGE (KG NELAYAN)
Guide memang akan stop bagi masa untuk bernafas. Hihi…Kalo nak solat nak makan semua kat sini boleh didapati. Makanan agak murah berbanding dekat resort@chalet lain. Kat sini juga memang terdapat pelbagai jenis masakan. So korang boleh laaa usha2 makanan dekat sini.. Samada dekat tepi pantai/kedai atau lain2 tempat…Sini jugak ada jual goreng pisang keropok lekor yang paling special ABC dari makcik-makcik pulau. Huhuu… Kalo amik pakej by Buffet memang senang, tak perlu fikir pasal makan dah, sebab memang diorang akan standby siap-siap. Tunggu ngapp je..Biasanya guide akan bawak makan di Village CafĂ© ‘”2nd floor” Sealife Inn…Best masakan kat sini..Owner nya pom friendly a.k.a Ciktie..Sambil tu boleh menikmati keindahan Masjid Putih Pulau Perhentian… Sangat2 cantik ianya dibina terapung di atas air.


Fisherman Village 

POINT 4: LIGHTHOUSE@CORAL REEF
Nie adalah kawasan petunjuk rumah api Pulau Perhentian. Lagi best bila kat sini adalah kawasan coral dengan ikan yang sangat banyak. Arus kat sini boleh tahan laju.. Kena selalu dengar dan ikut arahan guide under Sealife. Rumah api juga dijadikan Jump-Skill oleh pelancong yg berani dan cekal hati. Seperti papan anjal pulak diorang buat skill…Setinggi 10 meter dibina dan diwarna dengan warna putih. Rumah api nie dijadikan petunjuk bagi bot-bot yang melalui kawasan pulau especially waktu malam…


Light House View



POINT 5: ROMANTIC BEACH
Nie adalah point terakhir. Sampailah ke check point terakhir ...Kat romantic beach ni banyak haiwan laut yang cantik macam nemo kaler oren belang-belang, gamat laut dll... best ... Subhanallah ...Sangat cantikkkk ok…admin pon jatuh chentaa..Dan kat sini satu-satunya tempat snorkeling yang nampak pantai ... tapi nak tengok nemo tu kaki tak jejak "lantai laut" juga ... apa pun romantic beach ni sangat cantik lah ... Sini juga korang boleh nikmati Sunset View dari pantai..Orang kata - kat Romantic Beach ni - sunset dia cantik ... Romantic gitew...Hehee..

Koleksi Sarang Ikan Nemo

Selfie atas tanah rata Romantic Beach..

Iron Man In Romantic Beach@Abe Zemi

Baby bawah 4 tahun pom boleh snorkeling beb!!! Deabakk


More info....like and support us >>>>>>>>>>>>
> Perhentian Sealife Travel
Email: sealife_services@yahoo.com
Call: 09-6902230 / 09-6902232 / 09-6902233
WS: +6019 905 8395 (prefer whatsapp)
IG:@perhentiansealife

###################################################

Untuk first timer snorkeling + tak reti berenang pulak tu ... tapi bersemangat waja untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah di bawah laut korang kena ikut cara dan tips2 yang admin nak kongsikan ni. 

Jom follow TIPS UNTUK FIRST TIME SNORKELLING

Pemakaian Life Jacket yg baik

LIFE JACKET 
Firsttttttt….Paling penting sekali untuk korang pakai ialah LIFE JACKET yang mana berfungsi sebagai pelampung. Sebelum start snorkelling memang guide akan ajar cara pakai tau. Dan juga berfungsi untuk mengelakkan baju korang terselak masa kat dalam air. Kira 2 in 1 laa fungsi life jacket nie. Tapi frankly speaking - pakai life jacket ketika snorkeling adalah annoying atas beberapa faktor.


Guide briefing berkenaan dengan pemakaian Life Jacket/Mask/Snorkel

SATU : Ada tali yang korang kena ikat (buckle up) dari belakang life jacket tu masuk kot kangkangan and buckle or click kan di bahagian depan life jacket. Ini untuk mengelakkan life jacket tu daripada terangkat. Bila life jacket tu terangkat - susah korang nak berenang sebenarnya.  Dan nak pakai tali tu melalui kangkangan boleh mendatangkan rasa sakit or melecet kalau pakaian korang pakai tak sesuai, sebab tolakan arus air dan tempoh yang lama memakainya - so korang kena fikir and adjust ya….

DUA : The moment korang terjun dalam laut ... first thing first korang akan jatuh bawah air walaupun dah pakai life jacket - tapi tak hapuslah sampai kepala - JANGAN PANIK – Slow slow move on ke atas. Jgn risau sebab life jacket akan membuatkan korang timbul ke permukaan air. Lepas korang dah bertenang - korang akan terlentang (muka mengadap atas - matahari) atau korang akan terlungkup (muka terlungkup dalam air laut) dan kaki korang pun terangkat.  Pastikan kaki dibuka untuk bagi stabil ye. Then,cuba pandang kat bawah permukaan air. Make sure jangan sampai bagi snorkel pulak masuk air…and SERIOUSLY JANGAN PANIC.

SNORKEL
Berfungsi sebagai bantuan korang untuk bernafas dalam air. Udara korang sedut melalui mulut dan hembus melalui mulut gak.. Hihii…1st yang penting cara korang pakai, make sure dalam air lepas pakai janganlah dok senyum dok sengih dalam air, nanti tak pasal2 masuk air laut masuk melalui celahan gigi dan mulut…Korang buntu plak tertelan air masin. 2nd jangan digigit mouth piece nya...Haahaa..mana la tau korang excited jumpa ikan@nemo@penyu@shark dan pelbagai jenis coral..Dengan penuh excited korang pi gigit mouth piece memang nahas laa… Nanti tertelan air masih….Panic waa cakap, dengan hidung korang pedih nanti..Pastikan snorkel dan mouthpiece tu da bocor…Kalo bocor, mintax tukar okehh..

MASK
Mask nie biasanya tiada power. Mana-mana yang rabun boleh pakai lense. Jangan risau sebab selamat. Huhu..paling penting, guide akan ajar cara pemakaianya. Bagi yang perempuan, disarankan memakai tudung yang senang dan lembut untuk dilipat tang muka…Sebab apa?? Haaa,,,sebabnya kalo korang pakai yang keras konfem x sesuai dan x selesa bila snokeling nanti..Lagi satu konfem rosak laa tudung korang yang mahal-mahal tu lagi-lagi yg mahal…Rugi Rugi Rugi..Then xda feel la nak snorkelling bila tanag tudung tu masuk air..Ye idokk..Mask juga perlu dicuci dengan GLO@pencuci pingan mangkuk..Hiihii, tujuan untuk kasi clear sikit cermin bila snorkelling.

BOOTIES@FIN
Untuk keselamatan kaki dari cedera terkena coral@batu karang, korang dinasihatkan utk pakai stoking atau booties.. Fin adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan coral bila belum pro lagi guna fin..Marine Dept pom x galakkan menggunakan fin..Guide dikecualikan ye..Hehee..Cadangan admin, pakai stoking tebal@botties..

BUDDIES@PARTNER
Time snorkeling make sure korang ada buddies@pasangan. Ini untuk membantu jika ada ada masalah yg berlaku dalam air nanti. Elakkan bersendirian di kawasan yang sukar dilihat oleh guide. Jika ingin kemana-mana di dalam air maklumkan melalui gaya gerakan atau symbol.




IKUT ARAHAN
Pastikan korang mengikut arahan yang betul semasa aktiviti snorkelling di dalam air. Elakkan dari melakukan perkara yang dilarang seperti membuang sampah, menangkap ikan @ menyentuh sesuatu yang tajam @ merbahaya.

Lasty….selamat bersnorkeling uolllsss, patuhi arahan yang diberikan oleh guide. Hehee.. Enjoy your memorable moment during snorkelling. Happy Hlovate from Perhentian SealifeTravel..

More info....like and support us >>>>>>>>>>>>> Perhentian Sealife Travel
Email: sealife_services@yahoo.com
Call: 09-6902230 / 09-6902232 / 09-6902233
WS: +6019 905 8395 (prefer whatsapp)
IG:@perhentiansealife


Random Post